Friday 9 December 2011

Perlu ke Ambil Vitamin Dalam Diet Harian Kita???

Apa pendapat anda?? Perlu ke kita ambil vitamin sebagai supplemen harian kita??

Petang tadi saya chat dgn seorang sahabat, beliau tidak makan sebarang suplemen @ vitamin hanya kerana suami tidak mengizinkan.. sayangnya suami beliau kerana takut apa2 jadi kat bini dia klu sahabat saya ni ambil suplemen2 ni.. hmm... betul ke makan vitamin akan memudaratkan kesihatan kita? pada saya, makan vitamin ni lebih banyak kebaikan dari keburukan.. lain la kalau makan vitamin sampai overdose.. memang la memudaratkan.. tapi ada ke yang overdose makan vitamin ek?? Ahaksss… ntahla.. setiap orang punya pendapat sendiri..

Sejak saya amalkan Set B, yang mengandungi Vita-lea (with iron), B-complex, Vitamin C dan Alfalfa sebulan yang lalu, saya merasakan perubahan yang amat ketara sekali.. badan makin segar dan ceria, susu pun bertambah meriah.. bagus kan makan vitamin2 ni.. Even sakit kepala pun agak susah nak kena.. alhamdulillah.. syukur kepada Allah yang menemukan saya dengan produk SHAKLEE ni melalui kikin nazri..

Sekarang ni saya tambah pulak ostematrix dan Lecithin dalam diet harian saya.. kenapa ye??? Saya akan ceritakan kemudian..


Okla.. mari kita tengok apa itu Vitamin??

Vitamin ialah bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, Karbohidrat dan lemak dalam badan anda.
Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain. Mari kita lihat jenis2 dan fungsi setiap vitamin:-

Jenis vitamin
Fungsi
Larut dalam lemak : Vitamin A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.
Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.
Bagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.
Larut dalam air:
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12)
Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.


So.. Apa akan terjadi jika tidak ambil vitamin?

Semua orang digalakkan mengambil vitamin. Lebih-lebih lagi, anda yang tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging.Vitamin juga bagus untuk anda yang tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya anda amalkan cara pemakanan sebegini, lama-kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien. Untuk mendapatkan nutrien yang hilang itu, anda perlu makan vitamin. Pengambilan vitamin akan membantu tubuh berfungsi secara normal. Berbeda pula sekiranya anda yang tidak mengambil vitamin. Kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit. Misalnya, rabun(kurang vitamin A) dan anemia(penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah) Penyakit anemia ini adalah disebabkan kekurangan vitamin B12 atau zat besi.

So, bagus ke tak ambil vitamin dalam diet harian kita?? Tepuk dada Tanya selera.. duit masing2.. hehehe..
Jangan dek kerana sayangkan duit untuk beli vitamin, kesihatan anda terjejas.. "Cegah Sebelum Sakit, Rawat Sebelum Parah"...

Kalau berminat nak dapatkan vitamin Shaklee,

hubungi SALASIAH MOHD TALIB @ 019-7312434

ENJOYED!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...